.:PENGENALAN:.

SMK Buntong telah dibuka pada tahun 2002 di kawasan Desa Rishah, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Walaupun SMK Buntong merupakan sekolah yang masih setahun jagung, namun bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah ini adalah berada pada tahap yang membanggakan.

Bekas pengetua pertama SMK Buntong, Encik Lau Swee Mun yang menerajui tampuk pentadbiran dari 16 Mac 2003 sehingga 15 Mac 2007 telah menyediakan pelbagai program untuk dimanfaatkan oleh para pelajar dan guru-guru seperti membina Pondok Menunggu, Dewan Pentas, Astaka, Tapak Foot Refleksologi, Taman Sains, Taman Buah-Buahan, menaiktaraf pejabat dan melukis mural.

Kini, SMK Buntong berada di bawah pimpinan Puan Pengetua Nalini a/p Achuthan Nair. Beliau telah berjaya memimpin SMK Buntong untuk mengecapi kecemerlangan yang lebih gemilang dan berusaha dengan gigih serta membangunkan sekolah.

Ini terbukti apabila jumlah pelajar SMK Buntong telah meningkat sehingga 1048 orang. Kini, SMK Buntong mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Encik Chan Hen Huan telah dilantik menjadi Penyelia Petang SMK Buntong bagi menguruskan pelajar-pelajar sesi petang.


.:HUBUNGI KAMI:.

SMK Buntong,
Persiaran Rishah (s) 1/1B
,Desa Rishah, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-282 3242 Fax: 05-282 8242 Email : smk_buntong08@yahoo.com


.:HEBAHAN.:
 

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Bermula dari 13 Oktober 2008.

PEPERIKSAAN PMR

Bermula dari 13 Oktober 2008

PEPERIKSAAN SPM

Bermula dari 11 November 2008

Selamat Menjalani Peperiksaan.

 

SELAMAT HARI DEEPAVALI

 


 

 

 
.:PERSEKOLAHAN:.

Sesi Pagi : 7.30 am - 1.05 pm

Sesi Petang : 1.05 pm - 6.40 pm

 

 

 

 

 

© 2008 SMK Buntong